Page 43 - Microsoft Word - sop buka sek pasca pkpb 2020b
P. 43
8.1 PERATURAN
KEHADIRAN GURU DAN STAF
GARIS PANDUAN NORMA BAHARU
TATACARA KEHADIRAN GURU DAN STAF
1. Semua guru dan staf perlu menjalani pemeriksaan suhu badan di pondok
pengawal keselamatan sekolah.
2. Sekiranya suhu badan melebihi 37.5 °C, anda dikehendaki mendapatkan rawatan
ke klinik kesihatan serta-merta.
3. Semua guru dan staf berbaris mengikut garisan jarak 1 meter yang disediakan
semasa menggunakan sistem kad perakam waktu masuk kerja dan waktu balik.
4. Semua guru dan staf perlu mengisi borang deklarasi saringan kesihatan di kaunter
saringan yang disediakan.
5. Individu yang bergejala diwajibkan memakai pelitup muka(face mask).
6. Guru dan staf digalakkan memakai pelitup muka(face mask) semasa bertugas.
7. Guru dan staf perlulah sentiasa menjaga kebersihan tangan,kerap membasuh
tangan atau menggunakan pembersih tangan(hand sanitizer).
8. Guru dan staf perlu mengamalkan penjarakan sosial(social distancing) di tempat
kerja.
32

