Page 36 - Aktiviti 5_Neat
P. 36
Model?” di webinar Institut Asia-Europe UM & ANU Malaysia Institute (20 Januari 2021), menyatakan ‘History has shown that our leaders, even those
with the best of intentions, get way laid by what I refer to as the three-headed monster; money politics, identity politics and concentration of power. The
best of intentions, reforms and plans – Vision 2020, Multimedia Super Corridor (MSC), Islam Hadhari, New Economic Model (NEM), 1Malaysia - get
munched up by this monster’ sewaktu sesi Taklimat Program Transformasi Minda Siri 16 di UTM. Mereka berpendapat, penjawat di UTM perlu berani
mengubah apa yang disebut dalam penyataan di atas. Apabila integriti tidak menjadi budaya, ia menimbulkan banyak implikasi termasuk kesan buruk
kepada negara. Apabila perbuatan tidak berintegriti juga sudah menjadi satu perbuatan jenayah yang diterima sebagai satu norma dalam kehidupan
masyarakat di negara ini sehinggakan ianya menjadi budaya, yang diperturunkan daripada satu legasi pentadbiran kepada yang lain. Ada orang yang
sudah berfikir, ‘ramai orang melakukannya maka tidak salah jika saya juga melakukannya’. Ini menunjukkan amalan kebiasaan telah menjadikan nilai
moral dalam kalangan rakyat sudah terpesong apabila ramai yang berfikir sedemikian.
Kisah Rahim dalam persembahan sketsa menunjukkan budaya kebiasaan yang dilakukan oleh senior terdahulu memberikan kunci kepada pelajar tanpa
pengawasan membawa padah yang cukup besar kepada universiti serta kerjayanya. Bak kata Matt Bevin, seorang ahli perniagaan dan politik “while it
may seem small, the ripple effect of small things is extraaordinary”. Menerusi perbicaraan Rahim tidak sedar bahawa memberikan kunci kepada pelajar
serta membuat kunci pendua adalah salah dibawah Perintah (25) (2) (b) (6) Perintah tetap Bahagian Keselamatan. Lebih parah, tindakan ini dibuat ketika
Rahim ingin pulang awal mengambil anaknya daripada sekolah. Amalan sebegini sudah mendarah daging di kalangan kakitangan kerajaan. Fleksibiliti yang
diberikan seharusnya tidak digunakan sambil lewa. Keluar daripada pejabat ketika waktu bekerja tanpa kelulusan ketua jabatan adalah merupakan suatu
tindakan yang tidak berintegriti. Kealpaan Rahim menyebabkan dia terpaksa membayar kesan yang lebih besar yang turut memberikan impak kepada
keluarganya.
Sehubungan dengan itu, pembudayaan integriti amat penting untuk dilaksanakan oleh setiap individu agar dapat memelihara maruah dan harga diri
seseorang. Wahid dan Kassim (2020) berkongsi pengalaman dimana impak pembudayaan integriti boleh dilihat dengan jelas. Apabila beberapa Universiti
Awam perlu menyusun semula pengurusan kewangan ke arah lebih berhemah, UTM berjaya mengharungi cabaran kewangan dengan pelbagai
perubahan, penambahbaikan dan inovasi dengan berpegang teguh kepada budaya berintegriti. Sebagai contoh, UTM mencatatkan penjimatan tuntutan
lebih masa yang sangat signifikan. UTM berjaya menyiapkan keseluruhan projek pembangunan dibawah RMK 9 bernilai lebih RM1 bilion dan membuat
penjimatan RM100 juta. Prinsip penuh integriti juga telah menyaksikan UTM berjaya melaksanakan dengan baik projek Residensi UTMKL dengan kos yang
sangat rendah berbanding beberapa projek yang diuruskan sebelumnya terutama melalui perolehan secara rundingan terus. Kesemua ini menjana
pelaksanaan sistem perkhidmatan awam berprestasi tinggi yang akhirnya kembali kepada rakyat dan negara.

