Page 7 - Bercuti Ke Cameron Highlands
P. 7

Setiap kali cuti sekolah, saya akan bercuti bersama

        keluarga. Pada tahun ini, kami bercuti ke Cameron

        Highlands, Kami pergi dengan kereta baharu ayah. Kami
        bertolak pada awal pagi untuk mengelakkan kesesakan

        jalan raya.



                      Destinasi pertama kami ialah ladang teh. Kami

        tiba lebih kurang pukul 10:00 pagi. Ramai orang singgah di

        sini, termasuk pelancong asing. Kami sempat minum teh

        sambil menikmati pemandangan ladang teh yang amat
        luas. Udara di sini sungguh nyaman dengan hembusan bayu

        yang dingin. Saya menemani ibu membeli teh pelbagai

        perisa. Ayah pula asyik mengambil gambar untuk dijadikan

        kenangan.



                      Pada waktu petang, kami melawat tempat yang

        paling istimewa di sini. Kami ke ladang strawberi yang tidak
        jauh dari tempat penginapan. Saya terjumpa emak

        saudara yang bercuti bersama anaknya. Saya sangat

        seronok dapat memetik buah strawberi. Adik saya makan

        ais krim perisa strawberi. Kakak saya, Siti memberi rantai

        kunci untuk dihadiahkan kepada rakan-rakannya.


                      Selepas makan tengah hari, kami bertolah pulang.

        Saya amat berterima kasih kepada ibu dan ayah di atas

        percutian yang menarik ini. Sepanjang perjalanan saya

        tersenyum gembira. Ayah berhasrat akan membawa kami

        bercuti ke Pantai Timur pula. Semoga keluarga kami

        bahagia dan gembira selalu.
   2   3   4   5   6   7   8