Page 4 - PENGENALAN PKLN
P. 4

1.0 PENGENALAN

























   Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus

   latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh

   Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila

   menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau

   berumur 17 tahun ke atas. Ia dilaksanakan mulai 16 Februari 2004

   dan bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan

   membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan

   generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional

   dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

   Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut

   mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara

   Malaysia.


   Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang akan berumur 18


   tahun pada tahun latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini.
   Namun mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk


   ditangguhkan atau dikecualikan untuk PLKN ini.


   Pada tahun 2015, program ini ditangguhkan untuk menjimatkan

   RM400 juta. Pengumuman ini dibuat oleh Yang Amat Berhormat

   Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak semasa

   mengumumkan semakan Belanjawan 2015 pada 20 Januari 2015                                           .
   1   2   3   4   5   6   7   8   9