Page 167 - BUKU PANDUAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 2020 - Edisi Kedua
P. 167

135


                  4.4.   Sekiranya tuan/puan terlibat dengan pengurusan acara yang dijalankan, sila beri komitmen yang
                         tinggi agar tidak menampakkan sebarang kecacatan.

               5. Guru-guru yang terlibat secara langsung dengan perhimpunan rasmi diminta membuat persiapan awal
                  bagi  memastikan  perhimpunan  berjalan  dengan  lancar  dan  sempurna  serta  tidak  membazir  masa.
                  Berikut merupakan panduan umum kepada pihak-pihak berkenaan:

                  5.1.    Guru  disiplin  dan  guru  tingkatan  hendaklah  memastikan  pelajar  masuk  barisan  dalam  keadaan
                        berdisiplin, senyap dan teratur.
                  5.2.      AJK  Lembaga  Pengawas  hendaklah  memastikan  tugas-tugas  pengawas  dilaksanakan    dengan
                        baik dan sempurna, susunan kerusi atas pentas, nama guru bertugas minggu lepas dan minggu
                        ini, sistem P.A. berfungsi dan sebagainya.
                  5.3.  Guru Siaraya dengan pasukannya hendaklah memastikan alat tersebut disediakan dan berfungsi
                        dengan baik.
                  5.4.  Guru  bertugas  perlu  berada  lebih  awal  di  tapak  perhimpunan  untuk  persiapan  sempurna,
                        termasuk  penyediaan  alat  CD  lagu,  bendera  dan  sebagainya  serta  memastikan  keseluruhan
                        perhimpunan berjalan dengan lancar.
                  5.5.  Segala  pengumuman/pesanan  daripada  guru  hendaklah  jelas,  ringkas  dan  padat  serta  mesti
                        dicatat  di  atas  slip  pengumuman  dan  mendapat  kelulusan  PK  HEM  /  Pentadbir.    Pengumuman
                        pada  hari-hari  biasa  adalah  tidak  digalakkan  kecuali  kecemasan  supaya  P&P  boleh  dimulakan
                        mengikut jadual waktu.



               6. Ketetapan  makluman  ini  berkuat  kuasa  mulai  sesi  persekolahan  2015.    Sebarang  pindaan  ke  atas
                  makluman  ini  dan  pembatalan  ke  atas  majlis  perhimpunan  yang  sepatutnya  diadakan  setiap  minggu
                  akan diberitahu dari semasa ke semasa.


               Sekian, terima kasih.




               ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


               Saya yang menurut perintah,





               (..............................................)
               Pengetua,
               SMK Seri Pantai
               Kampung Kerinchi,
               59200 Kuala Lumpur
   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172