Page 120 - PowerPoint Presentation
P. 120

TUGAS PENYELARAS

          KELAB/PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM


              Mengatur dan menyelia perjalanan kelab/ persatuan / unit beruniform.
              Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
              Menyelaras semua aktiviti Unit Kokurikulum.
              Menyerahkan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai
               persatuan/kelab/unit beruniform.
              Menentukan aktiviti surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
              Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh

               yang ditetapkan.
              Menguruskan buku/kad KoKurikulum (PAJSK) – mengedarkan kad KoKurikulum dan
               mengumpul semula setelah lengkap untuk diserahkan kepada guru kelas pada akhir
               tahun untuk simpanan dalam bilik KoKurikulum.
              Menyediakan borang/buku/sijil/laporan yang diperlukan untuk aktiviti:
                1.   Borang Penyertaan Pertandingan/Penyertaan
                2.   Sijil Penghargaan / Penyertaan Murid
                3.   Buku Laporan Aktiviti
              Mengumpulkan Rancangan Tahunan (Modul) dan Buku Laporan Aktiviti untuk
               edaran, rujukan dan rekod.
              Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian

               KoKurikulum sekolah.


                            TUGAS GURU PENASIHAT DAN PEMIMPIN




              Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
              Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
              Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
              Memastikan     Jawatankuasa    menjalankan    tugas   seperti  terkandung    dalam
               Perlembagaan.
              Merancang aktiviti tahunan berjalan lancar dengan kerjasama pelajar.
              Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
              Merancang     strategi  untuk    peningkatan    kecemerlangan     Pasukan    Badan
               Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan.
              Memastikan Pengurusan Fail Induk Unit, kewangan dan harta benda serta peralatan
               diurus dengan baik.
              Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan
              Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/ Persatuan, Permainan.
              Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-
               ahli.
              Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan diperingkat sekolah/zon/daerah dan
               lawatan atau projek yang dijalankan.
              Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
              Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang
               berkaitan dengan unit yang diwakili.
                                                                                                         120
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125