Page 54 - INFO RINGKAS PENDIDIKAN
P. 54

Info Ringkas




                                  SEJARAH RINGKAS JNN PERAK

            Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Perak telah ditubuhkan pada tahun 1979. Pejabatnya

            yang pertama bertempat di bangunan rumah guru di Cator Avenue, Ipoh. Pada tahun
            1982 hingga 1986, JNS Perak beroperasi di bangunan Champion Motors (sekarang
            Wisma Kastam). Pada tahun 1987, JNS Perak berpindah ke Tingkat 3, Kompleks Islam

            Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Seterusnya berpindah ke
            pejabat baharu di Bangunan Persekutuan Ipoh (Greentown), Jalan Dato’ Seri Ahmad
            Said, Ipoh bermula September 2005 hingga sekarang.


            Pada tahun 1982 JN Cawangan Taiping yang dahulu dikenali sebagai JNS Zon Taiping

            telah dibuka. Pada peringkat awal JNS Zon Taiping menumpang di Pejabat Pendidikan
            Larut  Matang  Selama.    Kemudian  berpindah  sebanyak  lima  kali  di  sekitar  bandar
            Taiping  sebelum  beroperasi  di  pejabat  sekarang  di  Tingkat  9,  Wisma  Persekutuan

            Taiping. Sehingga kini, JN Cawangan Taiping telah diterajui oleh sembilan Ketua Nazir
            Cawangan. JN Cawangan Taiping telah diarahkan tutup sepenuhnya pada 1 Disember
            2019 selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan Malaysia.


            JNN Perak telah menjadi tuan rumah Persidangan Tahunan Jemaah Nazir Sekolah
            sebanyak  dua  kali.  Kali  pertama  bagi  Persidangan  Kali  Ke-32  pada  30  September

            hingga 4 Oktober 1991 yang diadakan di Hotel Royal Casuarina, Ipoh dan kali kedua
            bagi Persidangan Kali Ke-45 pada 28 hingga 31 Oktober 2007 di Hotel Heritage, Ipoh.


            Seramai 18 orang Ketua Nazir Negeri (KNN) telah berkhidmat di JNN Perak. Kini, JNN
            Perak  diterajui  oleh  Tn.  Mohd  Lotpi  Bin  Razali  AMP sebagai  KNN  Perak  yang  mula

            berkhidmat pada 21 Disember 2020. Mulai 1 Jun 2019, perjawatan KNN Perak telah
            dinaikan ke Gred DG54. Tahun 2021, JNN Perak mempunyai 21 orang Nazir Sekolah

            (NS) iaitu seorang Ketua Nazir Negeri, seorang Timbalan Ketua Nazir Negeri (TKNN),
            10  orang  Nazir  Kanan  (NK)  dan  sembilan  orang  Nazir  Sekolah  (NS).  Anggota
            Kumpulan  Pelaksana  (AKP)  berjumlah  empat  orang  terdiri  daripada  dua  orang

            Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Operasi, dan seorang Pemandu.
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59