Page 106 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 106
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
7. Berdasarkan maklumat dalam jadual 1, mengapakah perubahan penduduk negara X dari
tahun 2005 hingga 2015 berlaku?
Tahun % Kadar Pertumbuhan Penduduk
2005 1.6%
2010 2.0%
2015 2.4%
A Kos hidup meningkat
B Peningkatan kahwin lewat
C Kemudahan perubatan baik
D Wanita berkerjaya bertambah
8. Berikut adalah ciri kependudukan sesebuah negara.
Kadar kelahiran rendah
Kadar kematian rendah
Mengapakah wujud ciri kependudukan sedemikan?
A Taraf pendidikan tinggi
B Taraf teknologi rendah
C Kadar buta huruf tinggi
D Amalan pemakanan tidak seimbang
9. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran tinggi di sesebuah negara?
A Jangka hayat penduduk tinggi
B Ramai wanita berkerjaya
C Taraf pendidikan rendah
D Kadar migrasi tinggi
10. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar kematian rendah di sesebuah negara?
A Amalan perancangan keluarga
B Banyak kemudahan kesihatan
C Kadar pengangguran tinggi
D Kadar kemiskinan tinggi
11. Pertumbuhan penduduk semula jadi dikatakan positif apabila
A imigrasi lebih besar daripada emigrasi
B migrasi bersih sama dengan kadar kematian
C kadar kematian lebih tinggi daripada kadar kelahiran
D kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar kematian
12. Apakah faktor tolakan yang menyebabkan berlakunya migrasi bandar ke luar bandar?
A Peluang melanjutkan pelajaran luas
B Peluang pekerjaan kurang
C Kadar jenayah tinggi
D Kos hidup tinggi
100

