Page 138 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 138
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
BAB 12 (B) – SEKTOR PERIKANAN
Soalan Objektif
1. Apakah tujuan pembinaan tukun tiruan?
A Mewujudkan taman laut
B Menternak hidupan akuatik
C Menyediakan tempat pembiakan ikan
D Menyediakan tempat pembiakan tiram
2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan perikanan laut dalam di Malaysia?
I Arus lautan
II Dikelilingi pentas benua
III Permintaan sumber protein tinggi
IV Penggunaan kapal besar dengan kelengkapan memproses
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3. Foto di bawah menunjukkan aktiviti akuakultur yang dijalankan di Malaysia.
Mengapakah aktiviti ini perlu diperluaskan di negara kita?
A Kawasan laut yang bergelora
B Mempunyai laut yang cetek dan tenang
C Dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar
D Memenuhi permintaan yang tinggi dalam negara
4. Apakah kesan penggunaan pukat tunda untuk perikanan pinggir pantai?
I Kebersihan pantai terjejas
II Kemusnahan pokok bakau
III Kepupusan hidupan marin
IV Kemusnahan terumbu karang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
132

