Page 147 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 147
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
BAB 13 – SEKTOR PERLOMBONGAN
Soalan Objektif
1. Maklumat berikut adalah dua buah bandar di Malaysia.
Kerteh, Terengganu
Bintulu, Sarawak
Mengapakah dua buah bandar tersebut berkembang dengan pesat?
A Industri petrokimia
B Bandar pentadbiran
C Kawasan perikanan utama
D Kawasan agropelancongan
2. Rajah di bawah menunjukkan aktiviti penerokaan sumber di Malaysia.
Apakah kesan kegiatan tersebut terhadap alam sekitar ?
A Peningkatan aras laut
B Suhu air laut meningkat
C Hidupan akuatik musnah
D Kekerapan hujan berkurangan
3. Apakah kepentingan perlombongan petroleum terhadap pembangunan negara Malaysia?
A Memajukan pelancongan negara
B Meningkatkan pendapatan negara
C Menggalakkan industri elektronik
D Mewujudkan kawasan bebas cukai
4. Bagaimanakah langkah untuk mengurangkan pergantungan terhadap sumber petroleum?
A Mengitar semula bahan
B Mencari sumber alternatif
C Mempelbagaikan penggunaan
D Menggunakan sumber secara maksima
141

