Page 154 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 154
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan pujian kepada Tuhan kerana di atas
limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kami menyiapkan modul ini dengan jayanya dan akan
digunakan oleh rakan guru Geografi di Sabah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah serta
menyemarakkan suasana PdPc masing-masing. Harapan daripada kami semoga modul ini
akan digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan KPI Geografi di peringkat
sekolah, daerah dan negeri dicapai.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Yang Berbahagia Dr. Mistirine Radin (Pengarah Pendidikan Negeri
Sabah) atas cetusan idea dan sokongan moral kepada kami sepanjang menyiapkan modul ini.
Ucapan ribuan terima kasih juga kami rakamkan kepada Yang Berusaha Tuan
Abidin bin Marjan, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah kerana sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada kami.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Awang Jaya bin Awang
Damit, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sains Sosial Sektor Pembelajaran atas
komitmen beliau dan bimbingan kepada kami ketika menghasilkan modul ini.
Kami turut berterima kasih kepada Cik Mazmin binti Ag Matusin, Penolong
Pengarah Sektor Pembelajaran kerana kesanggupan beliau untuk terus berhubung dengan
kami bagi mendapatkan perkembangan pembinaan modul sehingga siap sepenuhnya.
Kami juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Pegawai
Pendidikan Daerah, Pengetua Sekolah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ketua Bidang Sains
Sosial, Ketua Panitia Geografi dan rakan-rakan guru Geografi yang menyokong penggunaan
Modul JUC Geografi SPM 2020.
Akhir sekali, kami memohon maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam Modul JUC Geografi.
Kami akan melakukan penambahbaikan modul pada masa akan datang untuk kegunaan
bersama. Semoga penghasilan modul ini memberi manfaat kepada semua rakan guru dan
calon SPM 2020.
SENARAI PENYUMBANG MODUL JUC GEOGRAFI SPM 2020
1. Muniandy Subramaniam
SMK Balung, Tawau
2. Azmain bin Adnan
SMK Pekan Telipok, Telipok
3. Jovita Malanjim
SMK Perempuan, Sandakan
4. Sharon Pascol
SMK Sri Nangka, Tuaran
5. Peterus bin Taliyor @ Abdul Manaf bin Abdullah
Maktab Sabah, Kota Kinabalu
148

