Page 81 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 81

MODUL JUC GEOGRAFI 2020
              Soalan Esei

              Soalan 1
              a)   Mengapakah  negeri-negeri  Pantai  Timur  Semenanjung  Malaysia  sering  mengalami
                   banjir pada setiap penghujung tahun?                                       [4 markah]

              b)   Terangkan kesan kejadian banjir terhadap manusia dan alam sekitar.              [6 markah]

              c)   Bagaimanakah langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan kesan kejadian banjir?
                                                                                              [6 markah]

              d)   Mengapakah kawasan bandar sering mengalami banjir kilat?                   [4 markah]

              Soalan 2 berdasarkan foto di bawah menunjukkan bandar raya Kuala Lumpur.










              a)   Terangkan  fenomena-fenomena  cuaca  yang  sering  berlaku  di  kawasan  dalam  foto
                   tersebut.                                                                  [4 markah]

              b)   Huraikan faktor yang menyebabkan kejadian fenomena cuaca tersebut.          [6 markah]

              c)   Jelaskan  kesan  fenomena  cuaca  tersebut  terhadap  alam  sekitar  dan  penduduk  di
                   kawasan tersebut.                                                          [6 markah]

              d)   Sekiranya anda seorang perancang bandar, cadangkan langkah yang boleh dilaksanakan
                   untuk mengurangkan kesan fenomena tersebut.                                [4 markah]

              Soalan 3
              a)   Jadual  di  bawah  menunjukkan  data  suhu  dan  hujan  di  Stesen  X  dari  Bulan  Januari
                   hingga Mei bagi tahun 2018.
                 Bulan      Jan    Feb   Mac    Apr   Mei    Jun   Julai  Ogos  Sept  Okto  Nov  Dis
                 Hujan      200    250   220    350   200    225    275    300    325   350    325  375
                 (mm)
                   Berdasarkan  jadual  di  atas,  lukis  sebuah  graf  bar  yang  menunjukkan  data  hujan  di
                   Stesen X dari bulan Januari hingga Mei bagi tahun 2018.
                   Gunakan skala 1 cm bersamaan 50mm.                                            [10 markah]

              b)   Huraikan faktor yang menyebabkan berlakunya kejadian pulau haba bandar.
                                                                                                [6 markah]

              c)   Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan pulau haba
                   di sesebuah bandar.                                                        [4 markah]





                                                             75
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86