Page 95 - JUC GEOGRAFI 2020
P. 95
MODUL JUC GEOGRAFI 2020
UNIT 11: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Soalan Objektif
1. Bagaimanakah langkah untuk mengurangkan penggunaan sumber hutan dalam
kehidupan masa ini?
A Mengamalkan kitar semula
B Meningkatkan eksport hasil hutan
C Mempelbagaikan Kegunaan sumber hutan
D Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar
2. Bagaimanakah langkah pemuliharaan hutan dapat menjamin bekalan kayu bermutu
berterusan?
A Penghutanan semula
B Mewartakan hutan simpan
C Menguatkuasakan undang-undang
D Mempelbagaikan kegunaan sumber hutan
3. Bagaimanakah kerajaan Malaysia berusaha melaksanakan langkah pemeliharaan untuk
mengekalkan sumber hutan?
A Mewujudkan ladang hutan
B Mewartakan taman negara
C Melakukan penghutanan semula
D Melaksanakan rawatan silvikultur
4. Mengapakah pemuliharaan Hutan Paya bakau dipergiatkan selepas kejadian tsunami
pada Disember tahun 2006?
A Melindungi hidupan akuatik
B Penapis bahan pencemar
C Penampan ombak
D Penampan rebut
5. Antara yang berikut, manakah menjelaskan tentang usaha pemeliharaan laut di
Malaysia?
A Membina tukun tiruan di Laut China Selatan
B Mewartakan Pulau Tioman sebagai taman laut
C Membersihkan kawasan tumpahan minyak di Selat Melaka
D Menggalakkan aktiviti akuakultur di pinggir pantai negeri Perak
6. Apakah tujuan kerajaan mewartakan taman negara di Malaysia?
I Mengekalkan kawasan tadahan hujan
II Mengelakkan kepupusan tumbuhan semula jadi
III Meningkatkan pengeluaran hasil balak negara
IV Mengurangkan pemberian lesen pembalakan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
89

