Page 2 - MODUL AN NAJAH PSI SABAH
P. 2
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
Was-Solatu was-salamu ‘ala Rasulihil-amin, Wa’ala aalihi wasohbihi ajmain,amma ba’du
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sabah Hebat!
Katakan Tidak Kepada Nombor 16.
Pencapaian dalam peperiksaan SPM bagi matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah khususnya di
negeri Sabah boleh dipertingkatkan melalui kaedah pemudahcara dan aplikasi modul latihan yang
terancang. Atas kesedaran itu, satu modul bagi subjek ini dihasilkan atas cetusan idea Dr.Mistrine
Radin (Pengarah Pendidikan Negeri Sabah) untuk meningkatkan kualiti pencapaian murid khususnya
dalam peperiksaan SPM.
Modul ini dihasilkan oleh panel penulis yang yang merangkumi koleksi soalan berdasarkan
format peperiksaan sebenar bagi membiasakan murid menjawab soalan bertaraf SPM. Tajuk yang
disentuh juga adalah tajuk tudingan bagi peperiksaan SPM tahun ini hasil daripada analisis dan
perbincangan guru berpengalaman dalam subjek Pendidikan Syariah Islamiah. Soalan Kbat dalam
modul ini juga merangkumi semua jenis soalan kbat bagi matapelajaran ini serta disediakan cadangan
jawapan sebagai rujukan guru dan murid.
Semoga modul ini yang bernama MODUL AN-NAJAH PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH dapat
membantu guru dan murid dalam mempersiapkan diri menjelang peperiksaan SPM pada tahun ini.
Akhir kata, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, doa, azam serta komitmen yang jitu
KECEMERLANGAN adalah milik kita.
Sekian dan selamat maju jaya.
Panel Penggubal :
1. USTAZ IRDAWADI SAWALADI
(SMK AGAMA KOTA KINABALU)
2. USTAZAH NORSHAHIDAH ZAKARIA
(SMKA TUN DATU MUSTAPHA)
3. USTAZAH SHAHAROOM HASHIM
(SMKA TUN AHMAD SHAH)
4. USTAZAH FARIDAH SAAMAH
(SMK TANSAU)
5. USTAZAH ASLIYANAH ARSJAD
(SMK PEREMPUAN LIKAS)

