Page 4 - PowerPoint Presentation
P. 4

PENDAHULUAN






                                Pontian merupakan salah satu daerah di Negeri Johor yang menjadikan sektor pelancongan sebagai antara
                                teras utama bagi meningkatkan aktiviti ekonomi selain pertanian dan perindustrian.


                                Justeru  itu,  seiring  dengan  teras  pembangunan  ini,  kemudahan  rekreasi  awam  menjadi  fokus  untuk
                                dinaiktaraf dan mewujudkan mercutanda baharu kepada Bandar Pontian.


                                Laporan pembangunan ini mengemukakan cadangan rekabentuk konsep melibatkan Fasa Pertama konsep

                                perancangan  di  pesisir  pantai  Pontian  dari  Dataran  Mahkota  menghala  ke  arah  Tambak  Pontian  yang
                                menjurus kepada rekabentuk konsep bangunan medan selera serta jejantas pejalan kaki dan basikal yang
                                akan menjadi elemen penting bagi menghubungkan akses awam dari seberang Dataran Mahkota ke arah

                                Tambak Pontian.




                       VISI REKABENTUK KONSEP






                                •    Memberikan idea bagi gambaran konsep Pelan Induk pembangunan keseluruhan secara berfasa.


                                •    Menyediakan  Pelan  Konsep  Jejantas  dan  pembangunan  semula  gerai  makan  sediada  (14  buah  gerai

                                     makan  &  9  buah  lain-lain  kedai)  kepada  Medan  Selera  bertema  di  persisir  Sungai  Pontian  yangmana
                                     akan dihubungkan ke kawasan pembangunan tambak secara berfasa.


                                •    Medan selera berkonsepkan santai keluarga dan restoran tema berkesinambungan dengan aktiviti riadah
                                     jejantas pejalan kaki dan berbasikal.


                                •    Menyediakan  gerai  yang  bersaiz  komersil  dan  ruang  makan  yang  kondusif  dengan  memunafaatkan
                                     pemandangan semulajadi persisir pantai sediada.


                                •    Bangunan Medan  selera  bersepadu  dengan  pentas serbaguna  untuk  kegunaan  majlis  rasmi  tertentu  di

                                     dataran  yang  menempatkan  ruang  restoran  untuk  jamuan  VIP  dan  pada  masa  yang  lain  merupakan
                                     sebahagian daripaada ruang rekreasi awam.


                                                                                                                                                                                             4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9