Page 31 - Majalah Tahunan MEHSSA Edisi Ke-2
P. 31

MEHSSA 2021/2022
       MALAM BERSAMA MEHSSA





            RINGKASAN PROGRAM



          Program  Malam  Bersama  MEHSSA  2021  merupakan  satu  program  atas  talian
          yang  dianjurkan  oleh  Persatuan  Mahasiswa  Fakulti  (Medical  and  Health
          Sciences  Student  Association  (MEHSSA))  dengan  kerjasama  Majlis  Perwakilan
          Pelajar  Fakulti  Perubatan  dan  Sains  Kesihatan  (FPSK)  serta  pengurusan  fakulti
          untuk  memperkenalkan  kepada  para  pelajar  fakulti  khususnya  pelajar  Tahun  1
          sesi  2021/2022  berkaitan  dengan  organisasi  MEHSSA,  Majlis  Perwakilan  Pelajar
          fakulti  serta  pihak  pengurusan  fakulti.  Selain  itu,  program  ini  juga  dapat
          dijadikan  sebagai  satu  medium  untuk  membentangkan  aktiviti  dan  program
          yang  telah  dilaksanakan  oleh  MEHSSA  dan  barisan  kelab  di  bawah  MEHSSA
          sepanjang  sesi  2020/2021.  Melalui  penganjuran  majlis  ini,  ia  diharapkan  dapat
          menjadi  satu  galakan  kepada  semua  pelajar  untuk  menyesuaikan  diri  dan
          mengenali  lebih  lanjut  berkaitan  dengan  fakulti  dan  organisasi  pelajar  yang
          beroperasi  atas  misi  untuk  membantu  menjaga  kebajikan  dan  hal  ehwal
          pelajar di FPSK.








                     Mewujudkan  dan  menanam  nilai  kepimpinan  dalam  kalangan  pelajar
           F    M    fakulti terutama dalam melaksanakan sesuatu program. (P4, LS2)
           I
           T    A
           K    R    Melatih  mahasiswa/i  untuk  berkomunikasi  dengan  penuh  yakin,  jelas
           E    G    melontarkan pandangan dan bijak dalam berkerjasama dengan pihak
           J    O    luar. (CS1)
           B    R
           O    P    Meningkatkan  kebolehan  mahasiswa/i  dalam  mengenal  pasti  dan
                     menganalisis  masalah  ketika  situasi  yang  kompleks  serta  membuat
                     justifikasi yang tepat. (CTPS1)





           Melahirkan  graduan  yang  mempunyai  ciri  pemimpin  yang  berwibawa
           dan  berfikiran  matang  serta  kritis  dalam  mentadbir  negara  pada
           masa akan datang                                                                               P


           Membentuk  mahasiswa/i  yang  holistik  bukan  sahaja  pintar  dari  segi                      R     I
           akademik  malah  bijak  mengadaptasi  sebarang  cabaran  dalam                                 O     M
           konteks masyarakat.                                                                            G     P


           Mempertingkatkan  nilai  kepimpinan  dalam  diri  para  pelajar  terutama                      R     A
                                                                                                                K
           sewaktu       mengendalikan          program       yang      melibatkan        kerjasama       M
                                                                                                          A
           daripada pihak pengurusan.




                                                                                                               2 8
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36