Page 4 - Buku Program Showcase KmR-PBL _SMKKW
P. 4
PENGENALAN
Program Sekolah Transformasi 2025 (TS25) Kohort 6
bermula di SMK Keramat Wangsa pada April 2021.
Program TS25 merupakan sebahagian usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Modul 6 Kefahaman Melalui Reka Bentuk telah
diperkenalkan pada 1 Ogos 2022 kepada SLT dan MLT
sekolah. Pihak sekolah perlu melaksanakan Showcase KmR-
PBL untuk menunjukkan proses pelaksanaannya dengan
membina satu pelan perancangan KmR-PBL dan
mengintegrasikan beberapa subjek mengikut kesesuaian
(merentas kurikulum). Dengan ini, murid dapat diberi ruang
dan peluang untuk berkolaboratif melalui pembelajaran
bermakna dalam pelbagai mata pelajaran dengan
menghasilkan produk yang akan dinilai secara autentik serta
mengaplikasi kemahiran 6C.
The Big Idea yang dipilih dalam pembelajaran
secara kolaboratif melibatkan mata pelajaran Geografi, Sains,
Reka Bentuk Teknologi dan Bahasa Melayu ialah “Wira Sisa
Hijau”. Mata pelajaran Geografi akan menjadi tuan rumah
dalam KmR-PBL secara bersepadu ini.
4

