Page 17 - BAB 4 - KOKURIKULUM SKRMM 21
P. 17
62
4.5 KEGIATAN KOKURIKULUM SEKOLAH
4.5.1 1. PENYERTAAN MURID
DASAR KOKURIKULUM Semua murid Tahap 2 diwajibkan melibatkan diri dalam
SEKOLAH aktiviti koku-rikulum sekolah, murid Tahun 3 adalah
digalakkan.
Setiap murid wajib menyertai ketiga-tiga kumpulan A, B,
dan C.
2. PEMBAHAGIAN RUMAH SUKAN
Bagi murid-murid Tahun 1 - 6, murid-murid akan
diagihkan mengikut rumah oleh Setiausaha Sukan
sekolah.
Murid-murid yang diberikan peruntukan rumah masing-
masing tidak dibenarkan bertukar atau berpindah rumah
sukan
3. JADUAL WAKTU GERAKERJA KOKURIKULUM
Kegiatan Kokurikulum akan diadakan pada tiap-tiap hari
Rabu pada masa yang ditetapkan.
Guru mestilah berada 5 minit sebelum masa yang
ditetapkan di sekolah sebelum sesuatu aktiviti dijalankan.
Sekiranya guru yang bertugas pada hari itu tidak dapat
hadir, guru berkenaan perlu mencari penggantinya.
Bagi minggu A dan C, guru-guru penasihat beserta
penyelaras dan setiausaha kokurikulum perlu berada
bersama-sama murid mulai jam 1.00pm untuk makan
tengahari dan solat sebelum aktiviti kokurikulum bermula
jam 2.00 pm.
Guru penasihat yang bertugas pada setiap kali
perjumpaan perlu mengisi kehadiran dan laporan aktiviti
dalam buku laporan aktiviti.
4. ALATAN PERMAINAN / SUKAN / BILIK-BILIK
PERJUMPAAN
Guru-guru yang ditugaskan bagi setiap jenis permainan
adalah bertanggungjawab ke atas semua alatan sukan
dan permainan yang digunakan.
Guru yang berkenaan juga bertanggungjawab atas
keselamatan alatan dan memulangkan selepas
digunakan pada hari yang sama.
Guru-guru penasihat perlu memastikan kelas-kelas atau
bilik yang digunakan untuk perjumpaan dikemas semua
selepas digunakan. Pastikan kelas ditinggalkan bersih
dan teratur seperti sedia ada.

