Page 20 - Sejarah Pembentukan Malaysia (MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN)
P. 20
SLIDESMANIA.COM
-Kelulusan usul ini ternyata telah ditentang oleh parti
pembangkang Singapura yang terbesar, iaitu Barisan
Sosialis.
-Barisan Sosialis menuduh bahawa pembentukan Malaysia
merupakan satu penjajahan bentuk baharu.
-Mereka berpendapat agar pandangan rakyat Singapura
diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai
gabungan tersebut.
-Pandangan Barisan Sosialis disokong oleh Parti Buruh
pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu atau
United People's Party pimpinan Ong Eng Guan yang
menggesa kerajaan Singapura mendapat pandangan rakyat
terlebih dahulu.
-Pada 1 September 1962, satu referendum berhubung
dengan persoalan dan syarat penggabungan telah
diadakan.
-Mengikut referendum tersebut, pengundi pengundi
Singapura telah memilih penggabungan mengikut cadangan
kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan
November 1961.
14
SLIDESMANIA.COM

