Page 11 - Sejarah Pembentukan Malaysia
P. 11
SLIDESMANIA.COM
Perkembangan tersebut amat membimbangkan Lee
Kuan Yew kerana akan menggugat rancangan kerajaan
British untuk memberi kemerdekaan kepada
Singapura.
Barisan Sosialis merupakan sebuah gerakan berhaluan
kiri. Ancaman komunis juga membolehkan Lee Kuan
Yew mendesak British menggabungkan Singapura
dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Ancaman komunis juga terdapat di Sarawak seperti
yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist
Organisation (CCO) yang bermatlamat menjadikan
Sarawak sebagai negara komunis. Masalah ancaman
komunis ini telah mendorong Tunku Abdul Rahman
mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Selain itu,
penyertaan Singapura, Sarawak dan Sabah ke dalam
Malaysia juga diharapkan menjadi benteng yang kukuh
bagi menghadapi ancaman komunis.
6
SLIDESMANIA.COM

