Page 44 - Sejarah Pembentukan Malaysia
P. 44
Perjanjian Malaysia 1963
SLIDESMANIA.COM
Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian telah ditandatangani di
Marlborough House. Perjanjian tersebut ialah Perjanjian
Malaysia.
Beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan
Ogos 1963, iaitu peristiwa peristiwa yang menuju ke arah
merealisasikan penubuhan Malaysia.
Ratu Elizabeth II telah memperkenankan Akta Malaysia
yang diluluskan oleh Parlimen Britain. Seterusnya disusuli
pula dengan kelulusan Perjanjian Malaysia oleh Parlimen
Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis
Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah.
Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong telah
memperkenankan Akta Malaysia dan seterusnya pada 16
September 1963, negara Malaysia ditubuhkan secara
rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak.
SLIDESMANIA.COM 39

