Page 133 - MODUL EXCEL GEOGRAFI SEMESTER 2 (STPM)
P. 133

Soalan 11


                    a.    Jelaskan bagaimana aktiviti ekonomi telah menyebabkan kemerosotan kualiti sumber
                    air di Malaysia.                                                          (15M)

                     Kod                       Fakta + Proses + Huraian                       Markah
                      A1   Aktiviti pertanian - Penggunaan baja kimia– baja kimia meresap ke      3
                           dalam tanah - keasidan air meningkat
                      A2   Aktiviti  perkilangan  –  Pembuangan  sisa  toksid  dari  -  BOD  air   3
                           meningkat/ air tercemar dgn toksid
                      A3   Aktiviti  penternakan  –  Penyaliran  najis  haiwan  dari  ladang  ayam   3
                           berhampiran dengan kawasan badan air - E-Coli dalam air meningkat.
                      A4   Aktiviti perniagaan –Pembuangan sisa pepejal dari gerai makanan -      3
                           sisa pepejal meningat di kawasan air
                      A5   Aktiviti  pembalakan  -  penebangan  pokok  menghasilkan  lumpur/      3
                           kelodak - menyebabkan air sungai menjadi keruh
                      A6   Aktiviti pelancongan - Kumbahan dari resort  – air tercemar dengan     3
                           kumbahan/ E-Coli meningkat
                      A7   Aktiviti perlombongan - Penggunaan merkuri - menyebabkan sumber        3
                           air tercemar
                      A8   Aktiviti  pengangkutan  air  -  Tumpahan/  kebocoran  minyak  -        3
                           menyebabkan air tercemar
                     A10  Aktiviti perikanan - penggunaan tuba - air tercemar                     3
                          Mana-mana 5 isi X 3 M = 15 Markah
                          Fakta (/), Proses (/), Kesan (/)= 3 markah
                          Fakta (/), Proses (/), Kesan (X)= 2 markah
                          Fakta (/), Proses (X), Kesan (X)= 1 markah
                          Fakta (X), Proses (/), Kesan (/)= 0 markah
                          Kesimpulan 1 markah


                    b.    Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan
                    kualiti sumber air.                                                       (10M)

                     Kod                           Fakta + Huraian                            Markah
                      B1   Akta/  Undang-undang  -  Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  –      2
                           mengambil tindakan perundangan bagi kilang yang menyalurkan sisa
                           pepejal / toksid ke kawasan badan air berhampiran
                      B2   Pemantauan  –  JAS  menjalankan  pemantauan  di  kawasan  sekitar      2
                           aktiviti ekonomi
                      B3   Penguatkuasaan - dendaan dan hukuman – membatalkan lesen operasi,      2
                           kompaun kilang
                      B4   Pendidikan - Alam sekitar dsb                                          2
                      B5   Kempen – kesedaran masyarakat, tidak membuang sisa domestik ke         2
                           kawasan air, gotong royong membersihkan pinggir pantai
                      B6   Merawat sisa industri –  sisa industri dirawat sebelum disalurkan ke   2
                           kawasan laut
                      B7   Loji rawatan air kumbahan– memastikan hanya sisa kumbahan yang         2
                           telah dirawat sebelum disalurkan ke badan air (ladang ayam)



                                                            133
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138