Page 66 - MODUL EXCEL GEOGRAFI SEMESTER 2 (STPM)
P. 66
Soalan 3
a. Takrifkan konsep akuifer (3M)
Kod Fakta Markah
A1 Formasi batuan/geologi yang boleh menakung dan menyimpan air di 3
dalam tanah. Air dalam tanah ini tersimpan di atas batuan yang tidak
telap air.
Mana-mana 3 isi X 1M= 3 Markah
b. Sistem akuifer terbahagi kepada DUA jenis, huraikan setiap jenis yang berikut:- (4M)
Kod Aspek Fakta Markah
B1 Akuifug Formasi batuan hanya boleh menyimpan air tetapi tidak 2
membenarkan air yang tersimpan mengalir keluar
B2 Akuiklud Formasi batuan yang boleh menyimpan dan berfungsi 2
sebagai konduit untuk membekalkan air sebagai aliran
bawah tanah
Mana-mana 2 x 2m = 4 Markah
c. Jelaskan EMPAT ciri akuifer (8M)
Kod Fakta Markah
C1 Keporosan: Merujuk kepada sifat sesuatu batuan yang mengandungi 2
liang, pori atau ruang batuan yang boleh ditakungi oleh air bawah
tanah.
C2 Ketelapan: Keupayaan sesuatu jenis batuan memindahkan air 2
C3 Penahanan tentu: keupayaan batuan menahan atau mengekalkan air 2
selepas ketepuan tercapai.
C4 Pekali simpanan: Keupayaan akuifer mengalir 2
C5 Pekali keterusan: Keupayaan akuifer untuk mengeluarkan isipadu air. 2
Mana-mana 4 isi X 2 M = 8 Markah
Soalan 4
a. Sumber air tanih di dalam sistem akuifer boleh dipecahkan kepada LIMA jenis, huraikan
setiap jenis sumber air tanih tersebut. (10M)
Kod Fakta Markah
A1 Air artois: Bahagian air imbuhan dengan muka air tanah terletak lebih 2
tinggi daripada permukaan lembangan.
A2 Air tertekan: Bahagian air dalam akuifer yang dilitupi oleh lapisan tak 2
telap air
A3 Air tanah tertutup: Keseluruhan bahagian akuifer terkurung oleh 2
lapisan tidak telap air
66

