Page 175 - Modul Prakarsa SeniVisual (STPM)
P. 175
3. Pemilihan Bahan dan Teknik
PEMILIHAN BAHAN dan TEKNIK
➢ Bahan adalah media yang digunakan
oleh pengkarya untuk menghasilkan
karya manakala teknik adalah cara dan
kaedah penghasilannya.
➢ Pemilihan bahan dan teknik adalah
bergantung kepada jenis karya yang
akan dihasilkan sama ada dalam bentuk
2D atau 3D.
➢ Pemilihan bahan dan teknik mestilah
bersesuaian dengan tema atau
keperluan berdasarkan permasalahan
visual yang dikaji. Contohnya jika hendak
menghasilkan reka bentuk produk
industri, bahan seperti kayu atau besi
mungkin sesuai diaplikasikan dalam
penghasilan karya akhir. Eksperimentasi media dan teknik
➢ Pemilihan bahan dan teknik adalah
penting agar karya dapat berfungsi
dalam membentuk hal benda dan
kandungan yang hendak disampaikan.
➢ Pemilihan bahan dan teknik boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu teknik
konvensional atau baru.
168

