Page 255 - Modul Prakarsa SeniVisual (STPM)
P. 255
10. Berdasarkan gambar 6 (rujuk lampiran), karya
Abdullah Arif – “Windy Day”, perihalkan karya
tersebut dengan menggunakan asas kritikan seni
visual secara jurnalistik.
[15]
Pendahuluan : Kritikan secara jurnalistik melibatkan subjek,
aspek formal dan kandungan. Jurnalistik lebih kepada
laporan, penerangan atau penulisan secara deskriptif untuk
bacaan umum dalam bahasa yang mudah seperti katalog,
risalah dan lain-lain.
- Subjek : suasana desa di musim membajak
sawah. Kelihatan rumah-rumah kampong serta
pohon kelapa di dalam karya. Hari yang cerah
dengan keadaan agak berangin menyebakan
pokok kelapa terbuai-buai.
- Aspek formal : Gaya – semi abstrak, karya tidak
realistik, aliran impressionis, liukan pokok kelapa
ditiup angin menimbulkan kesan pergerakan,
palitan warna menimbulkan suasana berangin,
karya tidak seimbang kerana pemberatannya ke
sebelah kanan. Unsur seni dan prinsip rekaan
yang releven
- Interpretasi : Tema – Suasana kampong, sawah
padi, nyaman dengan udara bersih, kehijauan
alam
Semulajadi. Makna/mesej – mensyukuri nikmat,
beras makanan ruji, pesawah sering dikaitkan
dengan kemiskinan, pembelaan nasib pesawah.
Penutup/Pertimbangan – berjaya menyampaikan mesej untuk
peringatan kepada audiens bahawa kita perlu menghargai
jasa petani/pesawah dalam membekalkan sumber makanan
kepada penduduk yang sanggup berpanas membanting
tulang.
249

