Page 33 - Modul Prakarsa SeniVisual (STPM)
P. 33
c) Warisan budaya
- Paparan imej yang berkisarkan mengenai budaya boleh ditonjolkan
dengan memasukkan imej budaya tradisional.
- Memasukkan satu budaya kaum sahaja atau gabungan pelbagai kaum
dalam sebuah karya.
- Termasuklah pakaian/fesyen, makanan, permainan atau hasil kraf
dalam pelbagai bidang seni.
- Dapat meningkatkan semangat nasionalisme seperti menyayangi
budaya masyarakat terhadap budaya lampau yang masih kukuh dan
dapat membina identiti sesebuah negara itu.
d) Peristiwa bersejarah
- Peristiwa sejarah yang digambarkan akan mengimbau kembali sejarah
yang dialami oleh rakyat sesebuah negara yang memberi impak yang
besar terhadap kesejahteraan negara
- Tema yang biasa digunakan ialah sambutan hari kemerdekaan,
perayaan keagamaan, perayaan/kebesaran negara, sukan dan
sebagainya.
e) Komentar sosial
- Imej mengenai komentar sosial juga boleh dipaparkan dan dapat
menyalurkan unsur nasionalisme dalam penghasilan karya.
- Contohnya, proses perindustrian dan urbanisasi yang diperkenalkan
oleh kerajaan bagi membawa masyarakat Melayu ke zaman teknologi.
26

