Page 6 - KONSEP KEJIRANAN
P. 6
PENGENALAN
• Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang
membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.Dari segi
istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah,
bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang
bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap
penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat
Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu .Maksudnya : “Empat puluh
buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun
jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai
jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa
pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh
dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang
juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
6
1
1

