Page 3 - MESYUARAT PIBG KALI KE-19
P. 3
MESYUARAT PIBG KALI KE-19 2021
PENGHARGAAN
Jawatankuasa kerja mesyuarat agung tahunan PIBG SMK
Seri Berang kali ke-19 sesi 2021/2022 mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Mohamed
@ Hashim , Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi atas
kesudian merasmikan mesyuarat agung tahunan PIBG SMK Seri
Berang kali ke-19 sesi 2021 / 2022 ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada En Rosli Bin Chik ,
Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu atas kesudian
hadir ke mesyuarat PIBG ini. Tidak lupa juga kepada seluruh
warga kerja SMK Seri Berang dan ibu bapa pelajar SMK Seri
Berang yang telah menyumbang tenaga, kerjasama dan
bantuan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi
menjayakan mesyuarat ini.
3

