Page 22 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 22
B. Fahami maklumat di bawah tentang kepercayaan, perayaan dan cara hidup kaum Iban
di Sarawak. Kemudian, jawab soalan yang berikut.
PERAYAAN
KEPERCAYAAN Masyarakat Iban menyambut Hari Gawai sebagai
tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan Hari
Secara umumnya, masyarakat Iban percaya Gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali
kepada kepercayaan animisme yang sebagai Tarian Ngajat. Selain itu, perayaan Hari Gawai
diamalkan oleh nenek moyang mereka juga diselitkan dengan jamuan makan sebagai tanda
dahulu. Dalam menjalani kehidupan harian, kesyukuran.
mereka berpegang pada adat seperti yang
termaktub dalam buku Adat Iban 1993.
Masyarakat Iban sentiasa menitikberatkan
amalan yang menjaga keseimbangan alam.
Masyarakat Iban juga mengamalkan pelbagai
pantang larang. Contohnya, ibu mengandung
dilarang memotong kaki haiwan kerana
dikhuatiri anak yang dilahirkan akan kudung
tangan atau kaki. Selain itu, tiang pertama
rumah panjang perlu didirikan semasa
bulan mengambang supaya kehidupan
di rumah panjang akan lebih harmoni.
CARA HIDUP
Masyarakat Iban biasanya mendiami rumah panjang dan diketuai oleh seorang Tuai Rumah.
Mereka amat menghormati Tuai Rumah. Penghuni rumah panjang akan melakukan
aktiviti bersama-sama. Mereka akan membahagikan tugas kepada setiap penghuni seperti
bergotong-royong membuat persediaan ketika menyambut sesuatu perayaan atau upacara
tertentu. Hubungan persaudaraan yang sangat kuat telah diterapkan di dalam rumah
panjang dengan tradisi dan adat nenek moyang mereka.
Sumber: Majlis Adat Istiadat Sarawak
1. Apakah perasaan anda apabila membaca maklumat tentang kepercayaan, perayaan dan
cara hidup masyarakat Iban tersebut? Mengapa?
2. Bagaimanakah kepercayaan, perayaan dan cara hidup dapat membentuk keperibadian
diri kaum Iban di Sarawak?
Dengan menggunakan Internet dan pelbagai sumber lain, cari maklumat tentang agama
atau kepercayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan bentangkannya secara
kreatif.
16 2.1.3, 2.1.5
16
Unit 2 NC.indd 16 24/10/17 9:21 am

