Page 38 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 38

PENGUKUHAN  KONSEP  Setiap anggota keluarga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan untuk melahirkan


               keluarga bahagia. Setiap anggota keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing
               bagi mengelakkan masalah yang timbul dalam sesebuah keluarga. Sebagai contoh, sekiranya
               anda tidak menjalankan tanggungjawab untuk belajar bersungguh-sungguh, sudah tentu ibu
               bapa akan berasa terkilan dan amat sedih.
                   Isu yang dikaitkan dengan keruntuhan institusi keluarga pada masa ini adalah akibat
               kegagalan anggota keluarga melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Anda juga
               mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga yang perlu dilaksanakan.



                              Tanggungjawab Sebagai Anggota Keluarga

                          Memastikan keselamatan                     Menyayangi setiap
                             anggota keluarga                         anggota keluarga


                             Menjaga kebajikan                       Menghormati anggota
                             anggota keluarga                        keluarga yang lebih tua

                             Menjaga nama baik                         Menghindari aktiviti
                                  keluarga                                  negatif


                   Pernahkah anda bayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya anda tidak melaksanakan
               tanggungjawab dalam keluarga?


                            KESAN MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB DALAM KELUARGA



               1                                             3

                                      2                                               4
                   Tercetus                                      Masyarakat
                   perselisihan                                  memandang
                   faham antara           Nama baik              rendah kepada           Kebahagiaan
                   anggota                keluarga               anggota                 keluarga
                   keluarga.                                     keluarga.               terjejas.
                                          terjejas.







                                                RenunganRenungan
                        Imbas Saya
                                                   Keharmonian keluarga akan melahirkan
                                                   generasi yang kuat dan berjaya.
                                                                      Rajmohan Gandhi
                       Jabatan Kebajikan
                         Masyarakat

         32
         32



       Unit 4 NC.indd   32                                                                            24/10/17   9:24 am
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43