Page 47 - Pendidikan Moral_Tingkatan_2
P. 47

A.  Berdasarkan senarai semak di bawah, tandakan (√) bagi penyataan yang anda lakukan
                    untuk keluarga dan tandakan (´) bagi penyataan yang anda tidak lakukan untuk keluarga.
                                                                                                               PEMULIHAN
                    Setiap tanda (√) diberikan satu markah.

                  Bil.                                Penyataan                                 (Ö / ´)

                   1.  Saya menyayangi semua anggota keluarga walaupun terdapat perbezaan pendapat
                       antara kami.

                   2.  Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan anggota keluarga.
                   3.  Saya sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri
                       dalam gejala sosial.
                   4.  Saya sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti keluarga supaya hubungan kami
                       bertambah erat.
                   5.  Saya selalu membantu ibu bapa pada waktu lapang untuk meringankan beban
                       mereka.
                   6.  Saya selalu akur akan nasihat dan teguran anggota keluarga yang lebih tua kerana
                       mereka lebih berpengalaman.

                   7.  Saya sentiasa bertolak ansur dengan anggota keluarga untuk mengelakkan
                       sebarang perselisihan faham.
                   8.  Saya membantu dan bekerjasama dengan anggota keluarga ketika meraikan hari
                       istimewa.
                   9.  Saya selalu mengambil berat terhadap kebajikan anggota keluarga supaya mereka
                       tidak berasa terasing.

                  10.  Saya sentiasa meminta kebenaran ibu bapa apabila terlibat dengan aktiviti luar
                       bersama-sama rakan.


                    SKOR

                       Markah 7 hingga 10: Syabas! Anda seorang yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab
                                          terhadap keluarga.
                       Markah 4 hingga 6:  Anda perlu tingkatkan tanggungjawab terhadap keluarga.
                       Markah 0 hingga 3:  Anda perlu mengubah sikap untuk lebih bertanggungjawab
                                          terhadap anggota keluarga.




                      Berikan sebab bagi setiap penyataan yang anda tandakan (´).




                                  REFLEKSI
                                  REFLEKSI
                     Apakah perasaan anda apabila melaksanakan         Banyakkan senarai semak mengikut
                     tanggungjawab dalam keluarga? Mengapa?            bilangan murid di dalam kelas.





                  2.3.2, 2.3.5                                                                            41



       Unit 4 NC.indd   41                                                                            24/10/17   9:25 am
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52