Page 206 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 206

9.2    Asas Penggubalan Dasar Luar

                  Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan
                  politik pada peringkat domestik dan antarabangsa. Penjelasan tentang penggubalan dasar luar ini
                  dapat dilihat melalui matlamat dasar luar dan faktor penggubalannya.


                   Matlamat Penggubalan Dasar Luar

                  •  Dasar luar amat penting kepada Malaysia kerana dasar ini mempengaruhi tindakan negara dalam
                      menghadapi suasana perkembangan politik wilayah, serantau dan antarabangsa.
                  •  Kejayaan  dasar  luar  Malaysia  dapat  diukur dengan  wujudnya  hubungan berbaik-baik

                      serta kerjasama yang erat dalam bidang ekonomi, politik, pertahanan serta kebudayaan pada
                      peringkat antarabangsa.
                  •  Sejak tahun 1956, persediaan asas untuk menubuhkan Kementerian Luar Negeri telah bermula

                      dan dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Luar.
                  •  Pada tahun 1966, nama kementerian ini diubah menjadi Kementerian Luar Negeri. Kementerian
                      ini berpindah dari Bangunan Sultan Abdul Samad ke kompleks baharunya dan dikenali sebagai
                      Wisma Putra yang terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur.
                  •  Pada 17 September 2001, Kementerian Luar Negeri memulakan operasinya di No. 1, Jalan
                      Wisma Putra, Presint 2, Putrajaya.
                  •  Wisma Putra berperanan menggubal dasar luar serta menjaga kepentingan nasional Malaysia
                      pada peringkat antarabangsa.



                                                      MATLAMAT PENGGUBALAN DASAR LUAR
                         Membuat
                         Rasionalisasi

                  Rasionalkan hubungan luar                       Mempertahankan kemerdekaan
                  dalam mempertahankan                                dan kedaulatan negara.
                  kedaulatan negara.


                                                 Melindungi kepentingan nasional.
                  Mengapakah hubungan
                  baik dengan negara  luar
                                                                             Mempertahankan dan
                  perlu diperkukuh?
                                                                            memajukan kepentingan
                                                                                   Malaysia.
            BAB 9   INFORMASI

                  Perkataan “Putra” pada
                                                  dengan negara luar.
                  Wisma Putra diambil           Memupuk hubungan baik
                  bersempena  dengan  nama
                  Perdana Menteri Malaysia
                  yang pertama, Tunku Abdul                    Menghadapi perkembangan serta
                  Rahman Putra al-Haj yang                       cabaran politik, ekonomi dan
                  juga  merupakan Menteri                                  sosial.
                  Luar Negeri pertama.

                196
                196
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211