Page 227 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 227
Pembangunan Ekonomi
Malaysia turut aktif membangunkan ekonomi negara anggota OIC. Negara kita menyokong aktiviti
Islamic Development Bank – IsDB (Bank Pembangunan Islam) yang ditubuhkan pada tahun 1973.
Malaysia menyertai IsDB pada tahun 1974 dan memperoleh faedah berupa pinjaman daripada bank
ini untuk membiayai projek pembangunan negara. Penubuhan IsDB turut membawa perkembangan
penting dalam sistem perbankan Islam melalui penubuhan bank Islam di serata dunia seperti Dubai
Islamic Bank pada tahun 1975, Islamic Bank of Bahrain pada tahun 1979 dan Bank Islam Malaysia
Berhad pada tahun 1983.
Logo Bank Pembangunan Islam.
Sumber: https://www.isdb.org/. Dicapai pada 22 September 2020.
Hasrat mewujudkan sebuah pertubuhan untuk negara Islam
yang dicadangkan sejak tahun 1960-an membolehkan INFORMASI
Malaysia dipandang tinggi dalam kalangan negara Islam. • OIC terdiri daripada gabungan 57
Jawatan pertama Setiausaha Agung OIC yang disandang
buah negara Islam di seluruh dunia.
oleh pemimpin Malaysia memperlihatkan kewibawaan • Kebanyakannya dari negara Timur
Malaysia. Kerjasama negara anggota OIC adalah untuk Tengah dan Utara Afrika.
memastikan masyarakat Islam di seluruh dunia memperoleh • Terdapat juga ahlinya dari negara
manfaat dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Asia Tenggara, Eropah dan
juga Amerika.
Dasar luar Malaysia terus diperkukuh selepas kemerdekaan.
Wisma Putra memainkan peranan penting dalam
mencorakkan dan menggubal dasar luar yang mampu Mencipta Sajak atau Lirik BAB 9
memberikan faedah kepada negara serta mengekalkan 1. Bentukkan kumpulan pelajar.
kedaulatan negara. Pelibatan Malaysia dalam pelbagai 2. Cipta sajak atau lirik lagu berkaitan
pertubuhan pada peringkat serantau dan antarabangsa dengan sumbangan Malaysia
menjadi platform kepada negara kita menyuarakan dalam pertubuhan seperti PBB,
pandangan dalam pelbagai aspek. Pandangan ini meliputi Komanwel, ASEAN, NAM
dan OIC.
aspek ekonomi, sosial dan politik terutamanya isu yang
3. Persembahkan hasil nukilan
mempunyai kaitan serta kepentingan kepada Malaysia.
kumpulan masing-masing.
217

