Page 261 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 261

Cakna dan Cerminan Sejarah

                    Nilai, Patriotisme dan Iktibar
                      ●  Pendedahan terhadap kesukarelawanan amat wajar diterapkan pada semua peringkat umur
                        bagi memupuk masyarakat yang mempunyai sifat ingin membantu dan berperikemanusiaan.
                      ●  Perasaan cinta akan negara bukan sahaja dari segi menjaga perpaduan dan keamanannya, malah
                        perasaan cinta akan barangan buatan Malaysia turut penting dalam kalangan masyarakat bagi
                        memupuk sikap menghargai dan menyokong produk tempatan.

                    Diri dan Keluarga
                    Sebagai  ahli  dalam  keluarga,  sikap  bertoleransi  dan  berperikemanusiaan  mampu  mewujudkan
                    sebuah institusi keluarga yang harmoni. Di samping itu, sikap ini dapat melahirkan generasi yang
                    mempunyai sifat belas kasihan dan perasaan ingin membantu antara satu sama lain.

                    Negara
                    Usaha yang ditonjolkan oleh negara kita dalam menangani pelbagai isu dan masalah menunjukkan
                    bahawa negara amat menitikberatkan soal keseimbangan dari segi ekonomi, sosial dan politik. Usaha
                    ini menunjukkan bahawa aspek tersebut penting untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
                    bangsa yang maju dan harmoni.











































                    Malaysia berpendirian tegas dalam menangani isu pemerdagangan orang.                        BAB 10
                    Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia.

                                                                                                        251
                                                                                                        251
   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265   266