Page 45 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 45

Cakna dan Cerminan Sejarah



                    Nilai, Patriotisme dan Iktibar
                      •  Penerokaan bukti warisan tradisional dalam kerajaan Melayu wajar dihayati bagi memupuk
                         semangat kesetiaan kepada raja dan negara.
                      •  Keunggulan pemerintahan beraja sebelum kedatangan barat yang diwarisi dan diamalkan    BAB 2
                         berperanan mengukuhkan keharmonian kaum dan kedaulatan negara.
                      •  Hubungan antara raja dengan rakyat yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
                         penting untuk kesejahteraan penduduk dan negara.

                    Diri dan Keluarga
                    Sebagai ahli dalam keluarga, sikap menghormati golongan yang lebih tua dalam kalangan keluarga
                    dapat mengukuhkan institusi keluarga dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

                    Negara
                    Perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama menjadi asas penting untuk
                    menjamin keluhuran perlembagaan negara kita.












































                    Ahli Parlimen memainkan peranan penting bagi menjaga keluhuran perlembagaan dan kedaulatan negara.

                                                                                                         35
                                                                                                         35
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50