Page 86 - Sejarah Tingkatan 5 KSSM
P. 86

Kerjasama Penyediaan Perumahan Rakyat
                  Perumahan terletak di bawah kuasa bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pelbagai
                  strategi dan langkah kerjasama diambil oleh kerajaan untuk memastikan rakyat dapat memiliki
                  rumah sendiri.


                  Perumahan Awal Kemerdekaan
                  Pada awal kemerdekaan, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama menyediakan
                  perumahan kos rendah terutamanya di kawasan bandar.



                    Kerajaan Persekutuan menubuhkan Kementerian         Kerajaan Negeri menyediakan
                    Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada tahun          tanah yang dijual pada harga rendah
                    1964 untuk menggiatkan usaha menyediakan            kepada Kerajaan Persekutuan untuk
                    perumahan kos rendah.                               membina rumah.
            BAB 4










































                  Pembinaan perumahan di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1950-an.
                  Sumber: Arkib Negara Malaysia.






                 76
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91