Page 40 - Sains Tingkatan 5 KSSM
P. 40

Malaysiaku
                 Larutan Pembersih Ekoenzim                                         Malaysiaku
                 Ekoenzim merupakan hasil semula jadi daripada sisa
                                                                              Penggunaan ekoenzim sebagai
                 pertanian seperti sisa buah-buahan atau sayur-sayuran
                                                                              larutan pembersih bahan
                 yang diolah melalui proses penapaian.                        berminyak merupakan suatu
                    Gambar foto 1.7 menunjukkan contoh larutan                aplikasi Teknologi Hijau dalam
                 pembersih ekoenzim dan bahan pencuci kimia.                  Sektor Pengurusan Sisa dan
                                                                              Air Sisa.

















                     (a)  Larutan pembersih ekoenzim                    (b)  Bahan pencuci kimia
                           Gambar foto 1.7  Larutan pembersih ekoenzim dan bahan pencuci kimia
                 Perbezaan antara larutan pembersih ekoenzim dan bahan pencuci kimia adalah
                 seperti Jadual 1.1.

                     Jadual 1.1  Perbezaan antara larutan pembersih ekoenzim dengan bahan pencuci kimia
                                                                Jenis pencuci
                         Aspek
                                        Larutan pembersih ekoenzim           Bahan pencuci kimia
                  Proses penghasilan   Penapaian sisa pertanian          Penggunaan bahan kimia
                  Tindakan terhadap    Enzim dalam ekoenzim              Surfaktan dalam bahan pencuci
                  lemak dan gris       menguraikan lemak dan gris        kimia mengemulsikan lemak dan
                                       kepada molekul yang lebih kecil   gris kepada buih
                  Mudah digunakan      Tidak perlu disental kerana lemak   Perlu disental dengan kuat
                                       dan gris mudah ditanggalkan
                  Saliran tersumbat    Molekul kecil yang dihasilkan oleh   Buih yang dihasilkan oleh
                                       enzim tidak menyumbatkan saliran   surfaktan menyumbatkan saliran
                  Kos                  Rendah                            Tinggi
                  Penghasilan sisa     Kurang                            Banyak
                  Alam sekitar         Mesra alam                        Mencemarkan alam sekitar

                                          Klik@Web

                                     Membuat larutan pembersih ekoenzim
                                     http://buku-teks.com/sa5003
                                     (Medium: bahasa Inggeris)




                   30                                                                             1.2.2
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45