Page 5 - BUKU PENGURUSAN 2021
P. 5
DARI MEJA PENGETUA SSNJ SMK TUN HUSSEIN ONN 2021
Segala puji hanya bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum
keluarganya, sahabat dan mereka yang telah merintis jalan menuju kejayaan.
Tahun 2020 yang berlalu akan sentiasa diingati sebagai tahun yang getir, penuh cabaran dan diwarnai oleh perkara-
perkara di luar jangkaan. Pandemik Covid-19 memaksa dan meletakkan kita semua dalam dunia yang berbeza. Hidup
dalam kebiasaan baru. Bukan sahaja cara kita menjalani kehidupan seharian kita berubah, proses kerja kita juga
mengalami kejutan budaya baru.
Sebagai sebuah sekolah sukan, tentulah cabaran kita jauh lebih besar daripada rakan-rakan sekerja kita di sekolah
lain. Ketika dunia berhadapan situasi VUCA ( volatility, uncertainty, complexity and ambiguity ) THO tetap dituntut
memainkan peranan sebagai katalis sukan dan penyempurna akademik. Alhamdulillah, kita terus berupaya
menunaikan peranan kita dengan jayanya pada tempoh yang mencabar ini.
Tahun 2021 akan muncul dengan cabaran yang baru. THO mesti bersedia, One Step Ahead. THO perlu terus bergerak
ke hadapan Saya yakin, dengan bertambahnya usia organisasi ini - ilmu, kemahiran dan pengalaman warganya juga
ikut berkembang. Dengan itu segala ujian dan rintangan yang akan kita hadapi, mampu diurus dengan jayanya.
Didokong oleh warga organisasi yang hebat, THO akan terus melangkah gagah.
Sebagai satu-satunya Sekolah Sukan Negeri di Johor, THO akan sentiasa terbeza dan istimewa. Naratif THO akan
selalu disebut-sebut. THO tidak boleh dibiarkan gagal. THO mesti menjulang naratif kejayaan negeri Johor, terutama
naratif keunggulan sukan di persada kebangsaan.
Ketika kita bermatian membina trek kejayaan murid dalam kerjaya sukan, sebagai pendidik, tidak terlepas kewajipan
membina laluan akademik yang bersinar untuk murid di THO. Justeru itu warga yang ditempat di sini bukan sahaja
dianggap terpilih, bahkan perlu menghasilkan yang terbaik dalam kapasiti tanggungjawab mereka. Mereka adalah
yang terhebat dalam mengupaya murid atlet menongkah cabaran akademik, memBina sahsiah dan berjuang menjadi
juara di arena.
Sebagai institusi yang bercita-cita besar menempa nama di persada negara, kebersamaan warga dan penggemblengan
usaha segenap warganya akan menentukan tingkat keberadaan SSNJ pada masa hadapan. Ia menuntut iltizam yang
tinggi dan budaya kerja yang cemerlang lagi jelas.
Dunia pendidikan bersifat dinamik, sentiasa berubah dan akan terus berubah, kerana proses pendidikan itu sendiri
bersifat malar dan constant. Pendidikan perlu bersifat transformatif untuk menangani perubahan. Kita wajib
melakukan anjakan dalam pemikiran dan amalan agar kerja buat kita selamanya melampaui petunjuk prestasi.
Beban kita pastinya mengatasi beban rakan sejawat di sana sini. Menunggu di hadapan adalah kegemilangan
pencapaian yang pasti manis bila diimbau. Dengan tekad “ BERJUANG MENJADI JUARA ” marilah sama-sama
kita mencipta lebih banyak naratif kejayaan untuk SSNJ SMK Tun Hussein Onn pada tahun 2021.
Kepada Allah kita berserah.
(JAFFRY BIN A. AZIZ)
Pengetua SMK Tun Hussein Onn
Sekolah Sukan Negeri Johor
4

