Page 47 - PowerPoint Presentation
P. 47

Apakah faktor kedatangan Jepun ke negara kita?




                     Faktor kedatangan Jepun ke negara kita ialah mengeksploitasi sumber bahan mentah

      yang terdapat di negara kita untuk keperluan perindustrian di negara mereka. Ini kerana Tanah

      Melayu merupakan pengeluar utama bahan mentah contohnya seperti bijih timah, getah, emas,

      bijih besi, arang batu dan bauksit.




                    Selain itu, sasaran utama Jepun di Sarawak adalah untuk mendapatkan sumber minyak

      terutamanya yang terdapat di Miri dan Lutong.




                    Seterusnya faktor kedatangan Jepun ke negara kita ialah merupakan sebahagian daripada

      rancangan untuk menjayakan pembentukan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur

      Raya bagi mengukuhkan ekonomi Jepun.




                    Di samping itu, ia merupakan sebahagian daripada kepentingan strategik ketenteraan

      Jepun. Kedudukan di hujung Semenanjung Tanah Melayu terletak pangkalan tentera laut

      British. Penguasaan terhadap pangkalan tentera laut ini penting untuk membuka laluan

      penguasaan Jepun terhadap telaga minyak di Sumatera.




                    Seterusnya, penguasaan terhadap Pulau Borneo pula penting untuk menjayakan operasi

      penaklukan tentera Jepun di Pulau Jawa.
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52