Page 69 - PowerPoint Presentation
P. 69
Terangkan faktor British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Faktor British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948
ialah penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union. Orang Melayu, Raja-
raja Melayu, cendekiawan Melayu dan UMNO telah berganding bahu
membantah pelaksanaan Malayan Union. Orang Melayu menentang Malayan
Union memberikan kesan buruk kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu.
Selain itu, faktor British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 sokongan ahli Parlimen British, iaitu Gammans dan Rees Williams.
Mereka telah menyaksikan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Mereka melaporkan hasil tinjauan tersebut kepada parlimen British selepas
kembali ke England. Gammans menyatakan bahawa sekiranya British
melaksanakan rancangan Malayan Union keadaan huru-hara akan berlaku di
Tanah Melayu.

