Page 3 - Add a heading
P. 3
PRA KATA
Tahniah dan selamat menggunakan Modul Bimbingan Menjawab Sejarah SPM 2021
.
Modul Bimbingan Menjawab Sejarah ini didedikasikan khas untuk anda sebagai pelajar
dalam Pendidikan Khas.. Modul ini diharapkan dapat memandu anda ke arah kecemerlangan
dan panduan dalam menjawab Soalan Sejarah dengan Mudah .
Harapan kami agar anda mampu merancang kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia.. Pelaksanaan modul ini bergantung kepada kesesuaian dan keperluan di sesebuah
sekolah. Pihak kami akan bertindak sebagai pemudahcara semasa anda menggunakan modul
ini.
Kami akan berusaha membantu anda mencapai kejayaan gemilang yang diimpikan.
Kecemerlangan adalah milik semua orang yang gigih berusaha tidak mengira kaum, bangsa
atau agama. Setiap individu boleh mencapai kecemerlangan sama ada dalam kerjaya atau
kehidupan sekiranya mereka benar-benar berusaha serta mengetahui rahsia di sebaliknya.
Harapan kami agar anda menjadi pelajar yang cemerlang akhlak dan tingkah laku sekaligus
mencapai keseimbangan dalam kehidupan. Kami menaruh harapan yang tinggi agar anda
berjaya dengan cemerlang dan memanfaatkan Modul ini dengan sebaik-baiknya.
Semoga kejayaan menjadi milik anda walau dalam apa jua bidang yang diceburi. Semoga
bermanfaat.
URUSETIA
SHARIFAH’AIN BINTI HAJI ALI
BIMBINGAN MENJAWAB SEJARAH SPM
DAERAH PONTIAN 2021

