Page 103 - PowerPoint Presentation
P. 103

1.        Penggubalan dasar luar Malaysia dilaksanakan berpandukan perkembangan

            ekonomi, sosial dan politik pada peringkat domestik dan antarabangsa

            a.       Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar negara?


                                                                                                                                                                          6 markah


    F1          Ikatan sejarah antara negara ini dengan negara lain.

    H1a         Ikatan sejarah dan budaya dengan negara serantau dan antarabangsa menyebabkan Malaysia

                menjalinkan hubungan rapat dengan negara-negara tersebut.

    H1b         Hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, Mesir, Yaman dan Turki pula dipengaruhi oleh ikatan

                keagamaan yang lama terjalin.

    H1c         Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel selepas mencapai kemerdekaan

    F2          Keperluan nasional bermaksud memberikan keutamaan kepada kepentingan negara.

    H2a         Fokus menjaga kedaulatan dan menguntungkan negara.

    H2b         Menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar negara

    H2c         Kepentingan ekonomi dan keamanan menyebabkan Malaysia mengamalkan dasar luar yang

                bebas dan berkecuali.

    F3          Kebijaksanaan dan kebolehan seseorang pemimpin negara.

    H3a         Pemimpin perlu peka perkembangan peringkat antarabangsa dan perubahan yang berlaku

    F4          Persekitaran luar

    H4a         Penggubalan dasar luar negara ditentukan oleh perkembangan yang berlaku pada peringkat

                antarabangsa.
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108