Page 25 - PowerPoint Presentation
P. 25

c.            Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah undang-


                      undang penting dalam kehidupan masyarakat pada masa kini?



                         Undang-undang penting dalam kehidupan masyarakat pada masa kini


           kerana ia dapat mengawal tingkah laku masyarakat. Melalui undang-undang ia

           dapat mencegah rakyat supaya tidak melakukan jenayah, contohnya seperti


           membunuh, merompak dan mencuri.


                         Selain itu, undang-undang penting dalam kehidupan masyarakat pada masa

           kini bagi memastikan wujud keamanan dalam negara. Apabila setiap warganegara


           patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan, sudah pasti negara berada dalam

           suasana aman dan makmur. Implikasinya rakyat dapat menjalankan kehidupan


           dengan tenang dan sejahtera.


                           Selain itu, undang-undang penting dalam kehidupan masyarakat pada

           masa kini bagi melicinkan urusan pentadbiran negara. Perlembagaan sebagai


           undang-undang tertinggi menjadi garis panduan kepada urusan pentadbiran

           negara. Kesimpulannya, sistem perundangan yang efektif amat penting kepada


           sesebuah negara bagi menjamin keadilan kepada semua dan dapat memastikan


           negara aman, stabil dan makmur                                                                                                 25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30