Page 50 - PowerPoint Presentation
P. 50
d. Mengikut pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pilihan raya dalam
sesebuah negara?
Pilihan raya penting dalam sesebuah negara kerana ia merupakan asas
pemilihan pemimpin dalam sistem demokrasi kerana melalui cara ini akan dapat
memberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan memilih pemimpin yang
berwibawa bagi mencorakkan pemerintahan demi kemakmuran negara.
Selain itu, pilihan raya penting dalam sesebuah negara kerana pemimpin
yang dipilih diterima secara majoriti. Oleh itu, hanya pemimpin yang mendapat
sokongan majoriti sahaja akan mentadbir negara.
Pilihan raya juga penting dalam sesebuah negara kerana ia menjamin
kerajaan yang cekap dan berwibawa. Sekiranya kerajaan yang dipilih tidak cekap,
rakyat mempunyai hak untuk tidak memilihnya pada sesi akan datang.
Kesimpulannya, pilihanraya sangat penting dalam pembentukan kerajaan yang baik
dan cekap demi memastikan kelangsungan pembangunan yang telah diasaskan
oleh pemimpin sebelumnya.

