Page 24 - BAHAN PINTAS ULANGKAJI KERTAS 1 SEJARAH
P. 24
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN KERTAS 1 NEGERI-NEGERI BERSERTA JAWAPAN@JPN KEDAH 24
6. 11. Berikut merupakan parti yang menyebarkan dakyah komunis di negara kita.
Parti Koumintang (KMT)
Parti Komunis Nanyang (PKN)
Apakah idea yang anda fikirkan bagi memastikan dakyah komunis tidak meresap
dalam jiwa masyarakat Malaysia?
A. Memberikan kerjasama padu kepada pihak Komunis
B. Mencetuskan idea kepentingan institusi raja dan birokrasi
C. Memastikan peralihan kuasa secara aman tanpa pertumpahan darah
D. Memelihara kepentingan ekonomi seiring dengan pembangunan negara
12. Apakah implikasi peristiwa darurat selama 12 tahun terhadap negara kita pada
ketika itu?
A. Hubungan antara kaum renggang
B. Masyarakat menjalankan aktiviti pertanian seperti biasa
C. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang secara ketat
D. Kerajaan membelanjakan banyak wang untuk membanteras ancaman
komunis
7. 11. Apakah peranan Pasukan Senoi Praaq (Urang Perang) dalam usaha menangani
ancaman komunis?
A. Mengawal kampung dan pekan
B. Melindungi kawasan perlombongan
C. Mengesan tempat persembunyian komunis
D. Memusnahkan kubu komunis
12. Apakah implikasi peristiwa berikut terhadap negara kita pada ketika itu?
Tahun Peristiwa
1948 - 1960 Darurat
I. Perkembangan ekonomi terjejas
II. Hubungan antara kaum renggang
III. Kemerdekaan semakin sukar dicapai
IV. Syarat kerakyatan telah diperketatkan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
8. 11. British bertindak meluluskan Trade Union Ordinance No.9 of 1948.
Apakah tujuan ordinan tersebut diluluskan?
A. Menyekat pengaruh komunis
B. Mengembalikan keyakinan
C. Memulihkan keamanan
D. Menangkap pengganas

