Page 2 - BAHAN BM CIPTA PANTUN ROHANA
P. 2
TAJUK : Bagaimana Hendak Membina Pantun ?
Assalammualaikum wbt . pada hari ini , Cikgu Ana akan berkongsikan bagaimana
untuk mencipta pantun . Cikgu akan fokuskan kepada Pantun Empat Kerat iaitu
pantun yang biasanya kita dengar .
Di bawah ini merupakan contoh pantun empat kerat :
Buah cempedak di luar pagar ,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar ,
Kalau salah tolong tunjukkan.
CIRI-CIRI PANTUN :
1. Pantun empat kerat mempunyai empat baris .
2. Suku kata bagi setiap baris ialah dari sepuluh hingga dua belas suku kata
3. Rima akhir pantun mesti 'abab'
4. Terdiri daripada pembayang dan maksud

