Page 18 - KISAH 25 NABI & RASUL
P. 18
Ujian Nabi Ayub a.s.
Nabi Ayub a.s. ialah seorang hartawan. Suatu hari
baginda diuji. Semua ternakan dan ladang-ladangnya
musnah sehingga baginda jatuh miskin. Bukan itu sahaja,
Nabi Ayub a.s. juga diuji dengan penyakit aneh. Namun,
baginda tidak pernah merungut. Malah, baginda terus
beribadah kepada Allah SWT. Sedikit pun baginda tidak
berputus asa. Sehinggalah suatu hari, dengan izin
Allah SWT, baginda sembuh dan memiliki harta
yang lebih banyak daripada sebelumnya.
12

