Page 9 - KISAH 25 NABI & RASUL
P. 9
Nabi Nuh a.s.
Kan‘an merupakan anak kepada Nabi Nuh a.s. Walaupun Nabi
Nuh a.s. merupakan seorang nabi utusan Allah SWT tetapi,
anaknya tetap menjadi manusia yang ingkar dan kufur. Kan‘an
bukan sahaja membenci bapanya sendiri malah menganggap
bapanya sebagai orang gila. Beliau menolak ajaran yang dibawa
oleh bapanya. Sehinggalah Allah SWT menurunkan bencana
banjir besar, Kan‘an masih tetap angkuh dan sombong. Rayuan
Nabi Nuh a.s. terhadap anaknya agar naik ke atas
kapal bersamanya tidak diendahkan. Keingkaran
Kan‘an itu amat menyedihkan Nabi Nuh a.s.
Baginda menangis melihat
Kan‘an tenggelam di
hadapan matanya sendiri
akibat sikap Kan‘an yang
angkuh itu.
3

