Page 78 - EXEMPLAR BM TAHAP 1
P. 78

AKTIVITI 1          Bercerita tentang gambar.                    AKTIVITI 2          Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan
                                                                                                                         mengikut situasi yang diberikan. Lakonkan
                                                                                                                         situasi tersebut.
                                  1                            2



                                                                                                    Situasi 1
                                                                                                    Sewaktu anda hendak ke sekolah, anda ternampak seorang lelaki yang
                                                                                                    buta hendak melintas jalan yang sesak. Lakonkan tindakan yang dapat
                                                                                                    anda lakukan untuk membantu orang buta itu.





                                                                                                    Situasi 2
                                                                                                    Sewaktu anda hendak ke kantin, rakan anda yang berkerusi roda tidak
                                                                                                    dapat bergerak kerana rodanya tersangkut di dalam lubang. Lakonkan
                                                                                                    tindakan yang dapat anda (atau kumpulan anda) lakukan untuk memban-
                                                                                                    tu rakan tersebut.


                                                   3                                                Situasi 3

                                                                                                    Anda mempunyai seorang rakan OKU yang tidak boleh bercakap. Dia
                                                                                                    ingin tahu akan cara-cara meminjam buku di perpustakaan. Lakonkan
                                                                                                    tindakan yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu.

                                Berbincanglah dengan rakan anda tentang perkara berikut:
                                1.   kategori orang kurang upaya berdasarkan gambar.
                                2.   cara anda dapat membantu golongan orang kurang upaya tersebut.



                                Guru menerangkan: Setiap orang mempunyai hak untuk dihormati
                                dan dihargai termasuk orang kurang upaya. Setiap orang juga
                                mempunyai tanggungjawab untuk menghormati orang lain
                                termasuk orang kurang upaya.

                                                                                                     66
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83