Page 33 - Buku Teks MPV Pemprosesan Makanan
P. 33
3 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Info
Akta Keselamatan Sosial Pekerja ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Pertubuhan Keselamatan Sosial
Sosial Pekerja (PERKESO) untuk melaksanakan atau menguatkuasakan Pekerja (PERKESO) ialah sebuah
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-peraturan (Am) badan kerajaan di bawah
Sosial Pekerja 1971, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 Kementerian Sumber Manusia.
(Akta 789) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). PERKESO bertanggungjawab
Akta ini memberi jaminan rawatan perubatan percuma, kemudahan memberi perlindungan kepada
pemulihan jasmani atau vokasional dan faedah kewangan kepada pekerja yang ditimpa kemalangan
pekerja sekiranya mereka mengalami hilang upaya akibat daripada semasa di tempat kerja dan dalam
kemalangan ataupun mengidap penyakit yang menyebabkan mereka perjalanan pergi atau balik dari
kekurangan upaya untuk bekerja ataupun tidak upaya langsung untuk tempat kerja.
bekerja lagi.
Sekiranya pekerja meninggal dunia, orang tanggungan mereka diberi
jaminan kewangan dengan menerima pencen bulanan bagi meneruskan
kehidupan. Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap
pekerja yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan. Caruman ini
terbahagi kepada dua iaitu:
1. Caruman Jenis Pertama
(a) Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun, caruman perlu dibayar oleh majikan dan
pekerja adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
(b) Kadar caruman di bawah jenis ini ialah 1.75% syer majikan dan 0.5% syer pekerja berdasarkan gaji
bulanan pekerja.
2. Caruman Jenis Kedua
(a) Adalah daripada syer majikan sahaja iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan pekerja.
(b) Semua pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun perlu dicarumkan di bawah Jenis Kedua bagi
perlindungan Skim Bencana Pekerjaan sahaja.
4 Akta dan Peraturan-peraturan Makanan
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah dikeluarkan untuk memastikan semua
makanan yang dihasilkan dan dijual selamat untuk dimakan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab
pengusaha untuk mematuhi semua peraturan dalam akta tersebut. Berikut merupakan isi kandungan
undang-undang dan peraturan makanan:
Akta Makanan 1983
Akta Makanan 1983 digubal untuk memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah
selamat dimakan dan mempunyai label yang tidak mengelirukan pengguna.
Standard makanan dan kandungannya
Tambahan Antara tumpuan yang diberikan: Aspek
zat makanan pembungkusan
Jaminan bagi makanan- Penandaan tarikh bagi
makanan tertentu makanan
Rajah 1.11 Akta Makanan 1983
27

